Nahu





















Ilmu yg dikongsikan oleh adik Wafi dari  http://sipatuo.blogspot.com/search/label/Bahasa-%20penambahan

Suku kata penambahan dalam Bahasa Bugis:

Ma' (Ma)- perbuatan yang dilakukan sendiri (orang pertama) untuk diri sendiri.
Pa' (Pa) - perbuatan yang dilakukan sendiri untuk orang kedua.
Ya' (Ya) - perbuatan yang dilakukan beramai-ramai.
Na' (Na) - perbuatan orang ketiga.

Contoh 1:
Perkataan asal "GURU" yang mempunyai maksud sama dengan perkatan Melayu: Guru. Tetapi dalam bahasa Bugis, guru ini akan berubah kepada maksud belajar atau apa saja yang berkaitan dengan pelajaran.

Misal :
-Ma'guru - bermaksud belajar [bukan Mak Guru tau!].
-Pa'guru - mengajar [bukan gelaran ya!].
-Ya'gurui - Kita pelajari.
-Na'gurui -dipelajarinya.
Penambahan 'i' atau 'wi' di hujung sesuatu perkataan menunjukkan penekanan, atau melibatkan diri pertama atau menunjukkan orang ketiga.

Contoh 2:
Perkataan asal "NANRE" yang bererti nasi. Sebagai makanan utama orang bugis, maka 'nanre' telah berkembang sebagai asas kepada kata perbuatan yang melibatkan 'makan' bergantung kepada penambahan dihadapan atau belakang perkataan.

Misal :
-Manre - bermaksud makan.
-Manrei - Dia sedang makan. [Ayat pendek yang menjawab pertanyaan berkaitan perbuatan orang ketiga].
-Panrei - Berikan dia makan.
-Yanre - Dimakan [Menerangkan bahawa sesuatu itu boleh dimakan].
-Yanrei - Dimakan/telah dimakan [Ayat pendek yang menerangkan bahawa sesuatu benda atau apa sahaja telah dimakan].
-Nanrei - Dia telah memakannya. [Ayat pendek yang menerangkan bahawa sesuatu telah memakannya].

Uniknya bahasa Bugis ini, bukan sahaja penambahan yang merubah makna perkataan, mengurangkan sesuatu hurufpun akan memberi makna yang berbeza. 

Misalnya Anre - makanan,
anrei/tanrei - sila makan,
anreang - pinggan (bagi Bugis Bone bermaksud lauk, tetapi Bugis Rappang pula, lauk dipanggil 'pakkanreang').

Satu lagi rasanya perlu saya bagi tahu, panre juga boleh bermaksud tukang, misalnya panre bola - tukang rumah, panre ulaweng -tukang emas dan panre-panre yang lain. He, he... tapi kalau penulis bukan panre oki' ya!, tapi paroki'.

Fuh!!! semoga boleh difahami dan digunakan...amin.


Budi Bahasa Bugis

Bahasa Bugis kaya dengan perkataan yang melambangkan budi bahasa, antaranya;
Tabe' -minta maaf, permisi, tumpang lalu, atau apa sahaja yang menunjukkan permohonan/permintaan keizinan.
Cth: 1
Tabe', de' uwattungka-i. [Maaf, saya tidak sengaja]
Tabe', tajengnga cinampe'. [Permisi, tunggu sebentar]
Tabe'di. [Tumpang lalu ya!]*
Tabe', alengnga' wae cedde'. [Tolong ambilkan/minta sedikit air]
*dalam masyarakat bugis, seseorang terutamanya yang muda yang lalu dihadapan orang tua-tua perlu mengucapkan 'tabe'' sambil melunjurkan tangan ke bawah hadapan dan menunduk sedikit tanda hormat. Begitu juga dengan orang kebanyakan yang lalu dihadapan pembesar atau orang kenamaan.
Perkataan kedua ialah iye'. -Ya
Cth: 2
Iye' puang. [Ya tuan!]
Ye' de'gaga dui'ku. [Tidak ada duit saya]*
*Ye' menunjukkan orang yang bercakap itu menghormati status pendengarnya, atau merendah diri. Manakala perkataan iye'(ya) pula boleh digantikan dengan perkataan iyo atau iya yang bermaksud sama iaitu ya. Namun itu tidak sesuai diucapkan kepada orang yang lebih dewasa atau orang kenamaan.
Itu antara yang dapat saya paparkan kali ini. Sebenarnya banyak lagi perkataan yang melambangkan budi bahasa atau saling menghormati dikalangan masyarakat bugis. Sama seperti bahasa Melayu, misalnya idi' [kita/tuan/anda] yang kasarnya iko [kau].